about-coffee-plus

D’Swiss Newly Formulated Coffee Plus

Kopi Fiber D’ Swiss merupakan formulasi kopi baru kami dari Switzerland. Ia adalah gabungan serat larut yang tinggi dengan kebaikan antioksidan yang tinggi daripada minuman kopi premium. Selain menyegarkan minda anda, ia membersihkan saluran pencernaan anda bagi mengelakkan masalah sembelit.

Minuman kopi eksklusif ini mengandungi bukan sahaja serbuk kopi premium tetapi juga lima bahan semula jadi untuk kesihatan penghadaman yang lebih baik. Bahan-bahan aktif ini membantu untuk mempercepatkan kadar penguraian lemak badan. Ia membantu membakar lemak dengan lebih efisien, menghalang pengumpulan lemak dalam badan dan menggalakkan metabolisme yang lebih baik, mengurangkan edema, membantu detoksifikasi usus dan mengelakkan pengumpulan kalori berlebihan daripada kanji dan gula. Produk ini adalah selamat dan tidak akan menyebabkan berat naik semula. Jika anda telah mencuba pelbagai kaedah penurunan berat badan tetapi gagal untuk mencapai keputusan yang anda harapkan, jangan lepaskan peluang untuk mencuba D ‘Swiss Slimming Coffee kami, yang merupakan pilihan paling tepat untuk mencapai bentuk badan ideal dan sihat!

Fungsi Produk

  • Membakar Lemak
    Membakar lebihan kalori daripada badan anda dan mengubahnya kepada tenaga.
  • Mengatasi Rasa Lapar
    Memberikan rasa kenyang untuk mengatasi rasa lapar.
  • Membersih Sistem Pencernaan
    Menghapuskan toksin dalam badan.
  • 100% Semula jadi & Selamat untuk Digunakan
    Mengurangkan berat badan dengan cara semula jadi & sihat.

Bahan-bahan utama

ingredient-coffee-plus01

Kopi

Kopi mengandungi kafein yang membantu untuk meningkatkan metabolisme tisu bagi memecahkan lemak di bawah kulit.Kopi turut terkenal bagi mengurangkan edema dan menggalakkan detoksifikasi.
Kebaikan kopi:
• Membantu membakar lemak.
• Meningkatkan peredaran mikro-selular & membuang sisa – mengurangkan pengumpulan air.
• Aroma yang unik sebagai antidepresi.
• Menggalakkan usus yang sihat.
• Tinggi dengan antioksidan untuk mencegah penuaan pramatang.

ingredient-coffee-plus02

Serat Gum

Guar gum adalah serat larut daripada benih tumbuhan guar dan digunakan untuk mengentalkan najis, melancar dan memudahkan pembuangan air besar. Guar gum mampu menyerap bahan-bahan toksik, seperti bakteria jahat, untuk menjaga kesihatan usus. Kajian ke atas haiwan telah menunjukkan bahawa guar gum dapat meningkatkan penyerapan kalsium dalam usus kecil dan meningkatkan toleransi glukosa pemakanan untuk mengimbangi paras gula dalam darah.

ingredient-coffee-plus03

Lidah Buaya

Lidah Buaya mengandungi vitamin, mineral, asid amino dan enzim untuk kesihatan penghadaman yang lebih baik, mengurangkan kembung perut dan mencegah sembelit. Ia adalah antioksidan semula jadi. Oleh itu, ia meneutralkan radikal bebas untuk membersihkan dan menyahtoksik badan kita.

ingredient-coffee-plus04

Daun Teratai

Membentuk satu lapisan membran pengasingan lemak di dinding usus. Ia berkesan untuk menghalang penyerapan lemak dan menggalakkan penurunan berat badan tanpa naik semula. Baik untuk melancarkan pembuangan air kecil dan  air besar.

ingredient-coffee-plus05

Fructo-oligosaccharides (FOS)

Fructooligosaccharides adalah serat larut yang boleh membantu untuk meningkatkan fungsi imuniti dan penghadaman, mencegah sembelit dan mengurangkan lipid serum.

FOS juga digunakan sebagai prebiotik. Prebiotik bertindak sebagai makanan untuk bakteria baik di dalam usus. Fructooligosaccharides boleh masuk ke dalam kolon bagi meningkatkan jisim usus dan menggalakkan pertumbuhan bakteria tertentu yang bermanfaat untuk kesihatan gastrousus.

ingredient-coffee-plus06

Fruktosa

Fruktosa adalah gula semula jadi yang terdapat dalam buah-buahan, madu, dan sayur-sayuran. Fruktosa juga dikenali sebagai monosakarida. Fruktosa tidak menyebabkan peningkatan atau kejatuhan  mendadak bagi paras glukosa dalam darah. Ini bermakna, ia mempunyai kandungan glisemik atau indeks glisemik (GI) yang rendah.

Arahan

Ambil satu paket Kopi Fiber D ‘Swiss setiap hari sebelum / selepas sarapan pagi. Campurkan 1 paket serbuk kopi dengan air suam 120ml, kacau dan hidangkan. JANGAN campur dengan air panas kerana ia boleh merosakkan bahan aktif di dalam produk. * Bagi mereka yang mempunyai masalah gastrik, dinasihatkan untuk tidak mengambil kopi ini sebelum sarapan pagi kerana ia boleh menyebabkan sakit perut.